fbpx

[VIDEO] Tikam isteri angkara tukar mangga pintu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ghazali (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas dakwaan menikam isterinya menggunakan pisau pada Jumaat lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menikam isterinya dengan pisau dalam satu kejadian, Jumaat lalu.

Tertuduh, Mohd. Ghazali Nor Hisham, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan kepada isterinya, Aliza Hasan, 32, dengan menggunakan satu alat untuk menikam iaitu sebilah pisau.

Dia didakwa telah melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Taman Desa Rakyat, Pasir Gudang pada pukul 10.30 pagi, 13 Mei lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan RM10,000 sebagai wang jaminan dengan turut menetapkan beberapa syarat tambahan yang perlu dipatuhi.

Syarat berkenaan termasuklah tertuduh perlu menyerah pasport antarabangsa miliknya, tidak dibenarkan mendekati mangsa atau mana-mana saksi selain perlu melapor diri sebulan sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

Sementara itu, berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, kejadian itu berpunca daripada satu pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri berkenaan berhubung tindakan mangsa menukar mangga pintu rumah mereka.

Tertuduh kemudian didakwa telah mengambil pisau pemotong daging dan juga sebilah gunting dan cuba menikam mangsa pada bahagian perut sebanyak tiga kali tetapi gagal. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI