fbpx

Kes denggi meningkat 51.5 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dengue, zika, chikungunya, Mayaro, Yellow fever mosquito (aedes aegypti)

PUTRAJAYA – Kes denggi di seluruh negara pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 mencatatkan sebanyak 1,074 kes iaitu peningkatan 51.5 peratus atau 365 kes berbanding jumlah kes dilaporkan pada ME 18/2022 dengan 709 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kumulatif kes denggi dilaporkan sehingga kini adalah 14,725 kes berbanding 10,139 kes bagi tempoh sama tahun 2021, iaitu peningkatan sebanyak 45.2 peratus atau 4,586 kes.

“Bagi jumlah keseluruhan kematian denggi sehingga ME 19/2022 pula merekodkan sembilan kematian, iaitu peningkatan 80 peratus atau empat kematian berbanding lima kematian bagi tempoh sama tahun 2021.

“Untuk perbandingan negeri-negeri pada tahun ini sehingga ME 19/2022 dengan tempoh sama tahun lalu, didapati Terengganu mencatatkan peningkatan peratusan kes paling tinggi dengan 164.7 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, ia diikuti oleh Labuan (150 peratus), Kedah (137.8 peratus), Negeri Sembilan (71.4 peratus), Selangor (42.6 peratus), Sabah (40.8 peratus), Kelantan (27.1 peratus), Perak (26.4 peratus), Kuala Lumpur dan Putrajaya (14.3 peratus), Sarawak (13.7 peratus) dan (Penang 3.4 peratus).

“Negeri Perlis, Melaka, Johor dan Pahang pula mencatatkan penurunan peratusan kes berbanding tahun lalu,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI