fbpx

Hershey buka pusat R&D di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BHALLA (dua dari kanan) bersama Pritchett (dua dari kiri) pada majlis perasmian pusat R&D di Johor baru-baru ini.

PETALING JAYA – The Hershey Company (Hershey) telah membuka sebuah pusat kajian dan pembangunan (R&D) baharunya di Johor untuk memberi tum­puan terhadap operasinya di pasaran Asia Pasifik termasuk India, China, Eropah, Timur Tengah dan Afrika (AEMEA).

Kemudahan terbesar yang terletak di luar Amerika Syarikat (AS) itu akan membolehkan Hershey membangun, menguji dan melancarkan produk-produk baharunya seiring dengan perubahan selera serta cita rasa pengguna di seluruh negara.

Naib Presiden AEMEA dan India Hershey, Herjit Bhalla ber­kata, pelaburan membina kemudahan ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk memacu pertumbuhan pasaran antarabangsanya.

“Pusat R&D baharu ini akan mencerminkan komitmen ber­terusan syarikat untuk memahami pilihan pengguna di seluruh pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam kenyataan bersempena pembukaan pusat R&D baharu tersebut di Johor baru-baru ini.

Turut hadir Naib Presiden Kewangan dan Perdagangan An­ta­rabangsa Hershey, William Pritchett.

Hershey pengeluar snek makanan yang terkenal dengan lebih daripada 100 jenama di 80 buah negara.

Antara jenama popularnya adalah Kit Kat, Jolly Rancher, Ice Breakers serta snek masin seperti SkinnyPop, Pirate & Booty dan Pretzels.

Mengulas lanjut, Bhalla menerangkan, kemudahan seluas 10,400 kaki persegi itu merupakan pelaburan besar syarikat dalam pasaran Malaysia.

Premis itu akan menempatkan makmal R&D, kemudahan pembangunan pembungkusan, pusat menjalankan ujian rasa dan memilih produk ikonik yang digemari oleh pengguna. -KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI