PETALING JAYA – Nana Mahazan International Sdn. Bhd. pengeluar produk penjagaan kecantikan berjenama Nana Mahazan Beauty (NMB) yang dihasilkan daripada buah kiwi telah berjaya membantu meningkatkan taraf hidup para pengedarnya.
Pengasas syarikat, Nurul Hana Che Mahazan berkata, melalui produk berkualiti yang telah berada di pasaran sejak tahun 2020 itu, testimoni positif daripada pengguna membantu meningkatkan keyakinan pelanggan sedia adanya malah berjaya menarik minat pengguna baharu untuk mencubanya.
Menurut beliau, kiwi menjadi pilihan untuk dijadikan sumber bahan utama pengeluaran produk kerana ia terkenal sebagai superfood yang memiliki banyak khasiat dan nutrisinya seperti vitamin C yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kulit.

“Saya mahu membantu pelanggan memiliki produk yang berkualiti setaraf produk antarabangsa dengan melabur duit kearah kajian dan pembangunan (R&D) produk.
“Terdapat banyak testimoni positiif menunjukkan pelanggan memperoleh semula kulit sihat berbanding sebelum ini mereka dengan pelbagai masalah kulit yang merungsingkan. Ini satu kepuasan buat saya untuk membantu lebih ramai pengguna pada masa depan,” katanya dalam kenyataan.
Nurul Hana menerangkan, kejayaan produk yang mendapat sambutan menggalakkan di pasaran telah memberi manfaat kepada para pengedar dan stokisnya di seluruh negara.
Tambah beliau, melalui produk NMB, para stokisnya juga mampu mencatat pendapatan yang baik setiap bulan.














