fbpx

Subvarian BA. 4 dan BA. 5 ‘kebal’ vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ECDC mencadangkan pelaksanaan suntikan dos penggalak kedua bagi golongan 60 tahun ke atas sekiranya kes melonjak pada musim panas. - AFP

BRUSSELS – Pegawai kesihatan Eropah memberi amaran bahawa varian Omicron BA. 4 dan BA. 5 adalah kebal daripada perlindungan vaksin dan imuniti semula jadi badan, lapor laman berita Wion News, kelmarin.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) telah menjadi pihak berkuasa awam pertama yang melabelkan kedua-dua jenis subvarian itu sebagai ‘varian yang membimbangkan.’

Menurut ECDC, BA. 4 dan BA. 5 boleh mencetuskan peningkatan dalam kes di seluruh Eropah kerana ia kini telah menjadi varian dominan di Afrika Selatan.

“Kehadiran varian ini boleh menyebabkan peningkatan yang ketara dalam kes Covid-19 di blok Kesatuan Eropah (EU) dalam beberapa minggu dan bulan akan datang,” kata badan itu dalam satu kenyataan.

ECDC meluahkan kebimbangan dengan gelombang musim panas kerana 37 peratus daripada kes Covid-19 di Portugal sehingga 8 Mei lalu adalah melibatkan varian BA.5.4 dan BA. 5 boleh melepasi perlindungan imunisasi badan seseorang individu terutamanya selepas keberkesanan telah menyusut.

Justeru, ECDC meminta semua negara EU untuk terus berwaspada terhadap isyarat kemunculan dua varian itu kerana penyebarannya boleh meningkatkan tekanan ke atas kapasiti hospital dan unit rawatan rapi.

“Jika isyarat sedemikian muncul, dos penggalak kedua boleh dipertimbangkan untuk sesetengah atau semua orang dewasa 60 tahun ke atas dan untuk kumpulan lain yang terdedah,” kata ECDC dalam laporannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI