fbpx

Rebel Wilson ‘dating’ dengan 50 lelaki setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REBEL WILSON

PELAKON dan juga pelawak kelahiran Australia, Rebel Wilson membuatkan peminatnya terkejut selepas mengaku pernah membuat janji temu dan keluar dengan 50 orang lelaki berbeza dalam masa setahun.

Pendedahan tersebut dibuat pelakon berusia 42 tahun itu ketika diwawancara dalam program podcast, U Up?

Bagaimanapun, kata Wilson, daripada 50 orang lelaki yang telah ditemuinya, tiada seorang pun yang dirasakan sesuai dijadikan kekasihnya.

“Daripada 50 orang lelaki yang saya temui itu, tiada seorang pun yang berjaya membuatkan hati saya ‘cair’.

“Selepas pulang ke rumah, saya terfikir sama ada lelaki yang saya temui itu layak atau tidak untuk menjadi kekasih saya,” katanya.

Dalam temu bual tersebut, pelakon filem Pitch Perfect itu mengakui keluar dengan lelaki yang mempunyai pelbagai latar belakang kerjaya antaranya yang berpangkat pegawai tinggi tentera, sehinggalah jejaka yang tidak memiliki apa-apa dalam hidupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI