fbpx
NABILA RAZALI

Nabila Razali sukar menjadi kejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMULAKAN kerjaya sebagai seorang penyanyi selepas dilahirkan daripada program realiti Akademi Fantasia, Nabila Razali tidak lagi menoleh ke belakang.

Bagaimanapun, setiap perjalanan yang dilalui penyanyi itu tidak semudah yang disangka, penuh liku, namun diharunginya dengan kebal.

Berbicara tentang sepak terajang yang dilaluinya sebagai anak seni, wanita yang berusia 30 tahun itu seperti sudah puas dan kini hanya menunggu masa meneroka sekali gus mencabar diri dalam pelbagai bidang lain.

Selain nyanyian, pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd. Razali itu kini semakin ligat mengukuhkan kerjayanya dalam bidang lakonan.

Bahkan tidak keterlaluan sekiranya bakat yang ada dalam diri pelantun lagu Pematah Hati itu dikatakan lebih menyerlah sebagai seorang pelakon.

Manakan tidak, dia juga sering diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai bintang utama.

Antara drama lakonannya yang masih diingati ialah Kebaya Kasut Kanvas, Seindah Tujuh Warna Pelangi dan Hikayat Cinta Si Pematah Hati.

TERKENAL sebagai penyanyi, Nabila juga semakin laris disambar rumah produksi dan pernah meminjamkan bakatnya menerusi beberapa buah drama.Pengalaman baharu

Terbaharu, dia sekali lagi diberi kepercayaan membintangi drama berjudul Wan Senja yang ditayangkan pada awal Syawal lalu.

Tuturnya, memegang watak Liya dalam naskhah arahan Riza Baharudin berkenaan cukup mencabar kemampuan dirinya kerana dipertanggungjawabkan memegang karakter antagonis.

“Watak kali ini sangat berbeza sebab sebelum ini saya selalu terima yang berbentuk romantik komedi atau klise seperti perempuan baik, tetapi kali ini saya jadi seorang isteri yang suka mengawal suaminya.

“Saya tidak boleh menipu, watak ini memang berat dan mencabar kemampuan diri sebagai seorang pelakon yang masih hijau dalam dunia lakonan,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Ujarnya yang terkenal menerusi lagu Peluang Kedua, menjadi seorang wanita kejam bukan satu hal yang mudah baginya.

Semua yang direncanakan bagaimanapun berjaya direalisasikan hasil kerjasama dengan barisan pelakon lain seperti Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy, Wan Sharmila dan Ali Rezark.

KEMUNCULAN Nabila menerusi naskhah telefilem berjudul Wan Senja pada awal Syawal lalu antara kerja lakonannya yang boleh dipuji.

“Untuk berlakon sebagai individu yang kejam memang beri cabaran sangat besar tetapi saya melihat dan ambil peluang tersebut sebagai platform mempelajari ilmu baharu.

“Untuk dapatkan emosi antagonis, saya dan Ali berlatih dialog terlebih dahulu.

“Situasi tersebut memudahkan saya dapatkan standard dan mood yang sama. Kalau dia jahat, saya kena jadi lebih jahat juga,” katanya lagi.

Teruja berkongsi pengalaman bekerja bersama Ogy yang juga pelakon ‘otai’, anak kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui perasaan gemuruh menyelubungi jiwanya sebelum memulakan penggambaran.

“Sebelum masuk set penggambaran, saya tanya semua orang macam mana pengalaman bekerja dengan Ogy sebab rasa takut dan gemuruh sangat.

“Bagaimanapun, saya tidak membiarkan rasa takut itu menye

PERTAMA kali berlakon bersama Ogy Ahmad Daud, Nabila mengakui gementar tetapi perasaan negatif pantas lenyap selepas melihat keperibadian aktres itu di set lokasi.

kat semangat saya. Hasil bekerja dengan Ogy sebenarnya memeranjatkan sebab beliau sangat membantu terutama barisan para pelakon baharu,” tuturnya teruja.

Pengalaman masuk resume

Tidak mensia-siakan setiap butir pengalaman yang diraihnya sepanjang berlakon dalam drama empat episod berkenaan, Nabila mahu ‘mengabadikan’ momen dan ilmu yang dikutip dalam resume kariernya.

“Sebagai artis yang masih dikira baharu dalam dunia lakonan, peluang bekerja dengan Ogy merupakan satu penghormatan besar buat saya.

“Setiap inci pengalaman ini yang saya akan masukkan dalam profil resume. Pastinya saya anggap ini pengalaman berharga sebab dapat betul-betul bekerja dengannya.

“Menerusi kerjasama ini, saya belajar cara beliau bekerja dan bagaimana menyampaikan setiap patah dialog.

“Semua itu satu ilmu yang saya akan gunakan untuk projek-projek akan datang,” tutupnya.

MENERUSI drama Wan Senja yang ditayangkan Syawal lalu, Nabila menjadi seorang wanita yang bersikap kejam terhadap suaminya lakonan Ali Rezark.

POPULAR