fbpx

Malaysia pilih bertemu Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad B-23 negara bakal bertemu Vietnam dalam aksi separuh akhir Sukan SEA Vietnam 2021.

HANOI – Tiada pilihan apabila Malaysia sah bertemu pasukan tuan rumah, Vietnam dalam aksi separuh akhir Sukan SEA Vietnam 2021, selepas Thailand melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Laos pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, sebentar tadi.

Skuad Bawah 23 (B-23) negara yang mengesahkan kemaraan ke separuh akhir lebih awal mara sebagai naib juara manakala Thailand menjadi juara kumpulan B sekali gus menempah pertemuan dengan Indonesia yang muncul naib juara Kumpulan A.

Malaysia sepatutnya mampu mara sebagai juara kumpulan namun memilih jalan sukar apabila seri 2-2 dengan Kemboja pada aksi petang tadi, malah percaturan pengendali negara, Brad Maloney menurunkan pasukan kedua seolah-olah tidak kisah untuk berdepan siapa lawan di peringkat empat terakhir.

Aksi kedua-dua separuh akhir dijadualkan berlangsung pada 19 Mei ini dengan skuad muda negara terpaksa berpindah venue ke Stadium San Van Dong Viet Tri berdepan Vietnam.

Pada aksi tersebut Thailand menjaringkan gol tunggal pada minit ke-18 menerusi gol sendiri pertahanan Laos, At Viengkham yang tertampan bola rembatan pemain tengah, Matee Sarakum. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI