fbpx

Denden Gonjales tak campur konflik Search, enggan ‘bela’ rambut panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vokalis baharu Search, Denden (tengah) tidak mahu terikut-ikut gaya nyanyian dan imej vokalis asal Search, Amy (gambar dalam bulatan).

PETALING JAYA – Vokalis baharu Search yang juga penyanyi asal Indonesia, Denden Gonjales enggan mengambil pusing tentang konflik melanda kumpulan legenda berkenaan yang kini berpecah dua.

Sebaliknya, Denden, 39, ingin meletakkan 100 peratus fokus dan perhatian dalam Konsert Search Rocking On Rooftop yang akan berlangsung di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 11 Jun depan pukul 9 malam.

“Saya sangat mengidolakan abang Amy sejak dari kecil. Beliau sudah meletakkan tanda aras yang begitu tinggi sebagai vokalis Search. Susah untuk tandingi kehebatannya.

“Tekanan barangkali buat saya adalah bagaimana saya untuk diterima peminat Search. Kalau ada membeza-bezakan antara saya dan abang Amy, saya tidak mahu terlalu pusing memikirkan hal tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online.

Denden yang bakat nyanyiannya dihidu apabila memukau juri ketika menyanyikan lagu She’s Gone nyanyian asal Steelheart dalam program The Voice Bulgaria 2021 memaklumkan, dia tidak akan terikut-ikut gaya nyanyian Amy dan hanya menjadi dirinya sahaja di atas pentas.

“Search memberi saya waktu dan ruang untuk menonjolkan identiti sendiri sebagai vokalis Search. Dari segi gaya nyanyian, saya boleh katakan yang nyanyian saya lebih kepada ‘slow rock’.

“Barangkali, saya hanya akan jadi diri sendiri. Saya bersetuju untuk ‘masuk’ Search sebab dari kecil, memang saya mengidolakan kumpulan ini.

“Saya pernah bela atau simpan rambut panjang sebelum ini. Sekarang saya tak mahu, mungkin kerana keluarga dan anak-anak semua sudah besar. Kalau mereka tengok bapanya berambut panjang, mereka tak suka.

“Seperkara lagi, saya tak mahu kalau berambut panjang, orang membanding-bandingkan saya dengan abang Amy. Biarlah saya menyanyi dan menonjolkan gaya dan identiti tersendiri tanpa dibayangi kehebatan abang Amy,” ujarnya.

Terdahulu, vokalis asal Search, Amy atau sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman meninggalkan kumpulan tersebut pada Mac 2020 dan ‘disertai’ pula Nasir Daud yang bergabung dengan vokalis berkenaan bersama dua lagi bekas anggota iaitu Hillary Ang dan Man Kidal sebagai satu lagi Search.

Terbahagi kepada dua, Search yang disifatkan sebagai ‘line up’ asal dianggotai Denden selaku vokalis, Kid (gitaris utama), Din (gitaris kedua), Yan (bass) dan Pae (dram). Kontroversi menimpa kumpulan rock ternama tanah air itu tercetus sejak 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI