fbpx

Tiga pelajar sekolah berasrama penuh cedera angkara dibuli senior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

NILAI – Tiga pelajar tingkatan dua sebuah Sekolah Menengah Agama (SMA) berasrama penuh di sini mengalami kecederaan selepas disyaki menjadi mangsa buli pelajar senior.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, pihak polis telah menerima tiga laporan berhubung kejadian itu kelmarin.

“Mangsa mendakwa telah dipukul oleh pelajar yang lebih senior dipercayai tingkatan empat sehingga menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dan menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dua pelajar senior dipercayai terlibat dan boleh membantu siasatan dalam kejadian yang dilaporkan.

“Kita masih mengenal pasti punca kejadian termasuk mengenal pasti sama ada masih terdapat pelajar lain yang menjadi mangsa buli,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI