fbpx

Perak FC akur tersingkir Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusri (tengah) memberi motivasi buat anak-anak buahnya di bilik persalinan pada aksi menentang Penang FC di Stadium Perak, Ipoh semalam. /Foto ihsan Facebook Perak Football Club

IPOH – Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah tidak kecewa dengan kegagalan pasukan meneruskan kemaraan ke suku akhir Piala FA 2022.

“Pemain sudah cuba tetapi apakan daya masih tidak berjaya. Tidak ada apa yang hendak dikesalkan,” ujarnya selepas kekalahan 1-4 pasukan itu kepada Penang FC di Ipoh, semalam.

Berdasarkan persembahan pemain sudah melakukan segalanya tetapi terpaksa akur akan kelebihan dan pengalaman pemain lawan.

“Pengalaman dan kehadiran pemain import menjadi benteng pemisah antara kami dengan mereka,” tambahnya.

Yusri memuji persembahan anak buahnya yang berjuang dengan semangat juang kental tetapi ditundukkan gara-gara kesilapan di penghujung perlawanan.

“Kami masih dalam perlawanan tetapi semangat itu dimatikan apabila lawan mendapat sepakan penalti,” katanya.

Yusri berkata, anak buahnya menghadapi tekanan berikutan kehadiran ramai penonton iaitu kira-kira 3,000 lebih.

“Mereka tidak pernah beraksi di hadapan penonton yang begitu ramai menyebabkan ada yang gugup,” ujarnya.

Sementara itu, Penang FC menyifatkan kejayaan ke atas Perak FC di pusingan kedua untuk mara ke suku akhir Piala FA 2022 sebagai satu pemulihan.

Penggendali pasukan Pulau Mutiara, Manzoor Azwira percaya kemenangan tersebut memberi motivasi baru kepada anak buahnya.

“Kemenangan ini cukup penting kerana ia sebagai satu motivasi serta mengembalikan keyakinan pemain berikutan pencapaian kurang memberangsangkan dalam Liga Super, sebelum ini.

“Semoga semangat pemain pulih bagi menghadapi pertemuan dengan Sabah dalam liga nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI