fbpx

Dua pendaki wanita hilang di Gunung Suku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gunung Suku

IPOH – Operasi mencari dijalankan bagi mengesan dua pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Suku, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.55 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kita dimaklumkan dua pendaki wanita berusia lingkungan 40-an itu bersama 27 yang lain sedang melakukan aktiviti pendakian di gunung berkenaan.

“Operasi penjejakan sedang dilakukan dan anggota bomba dijangka mengambil masa dua hingga tiga jam untuk tiba di lokasi mangsa dipercayai berada,” kata jurucakap itu .

Dalam pada itu, kesemua 27 pendaki lain telah berjaya sampai di kaki bukit dalam keadaan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI