fbpx

Konsep Sekolahku Sejahtera tingkatkan eksplorasi bidang sains, teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (kiri) menyampaikan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 kepada guru Sekolah Kebangsaan Felda Mempaga 2 dekat Karak, Pahang, Huzaire Ahmad,46, (tengah) sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2022 di UMK Kampus Bachok hari ini. - FOTO ZULHANIFA SIDEK

BACHOK – Konsep Sekolahku Sejahtera sentiasa menjadi pendekatan utama Kementerian Pendidikan (KPM) untuk meningkatkan eksplorasi bidang sains dan teknologi kepada murid-murid.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, bidang tersebut merupakan salah satu daripada 14 elemen diperkenalkan dalam konsep tersebut sekali gus mampu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menyeronokkan untuk anak-anak.

Menurutnya, dalam konteks itu, banyak inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan murid-murid dapat menjelajah bidang sains dan teknologi.

“Kita bersaing atas tapak digitalisasi sama ada suka atau tidak. Bidang ini akan terus menjadi tunjang pemodenan dunia dan pastikan anak-anak mempunyai minat dalam sains dan teknologi.

“Ketika ini, kita bercakap mengenai persekitaran sekolah yang menyeronokkan sehingga membuatkan murid-murid rasa kosong sekiranya tidak hadir ke sekolah. Jadi, konsep Sekolahku Sejahtera pastinya akan digunakan untuk merapatkan anak-anak dengan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI