fbpx

Kalau nak buat kepala kita, nanti nampak bodoh – Daddycap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISU hangat membabitkan seorang pesohor media sosial bernama Sabrina yang menyuarakan pendapatnya tentang wanita Islam berhijab menari dalam media sosial turut mendapat perhatian Daddycap.

PETALING JAYA – Penyanyi rap Daddycap tampil menegur kenyataan pesohor media sosial terkenal, Sabrina Azhan apabila gadis itu cuba mempertahankan pendirian wanita Islam berhijab sepertinya untuk menari dalam media sosial.

Ujar Daddycap atau sebelum ini dikenali sebagai Caprice, menjelaskan isu gadis Muslim berhijab menari dalam media sosial bukanlah perkara baharu seperti yang dilakukan oleh Sabrina.

Sebaliknya, apa yang menjadi isu apabila pucuk muda berusia 22 tahun itu seolah-olah cuba mengetepikan ajaran al-Quran dan sunnah tentang etika seorang wanita Muslim.

“Dia (Sabrina) bukan gadis pertama berhijab yang menari dan menyanyi dalam media sosial. Silapnya apabila dia cuba kaitkan isu tersebut dengan agama.

“Jangan cuba justifikasi sesuatu benda yang kita minat dalam konteks Islam apabila perkara yang kita minat itu lari daripada al-Quran dan sunnah,” ujarnya menerusi satu video yang dimuat naik dalam Instagram.

Ujar pemilik nama lengkap Ariz Ramli itu lagi, kenyataan yang dikeluarkan Sabrina secara terang-terangan salah, malah menganggap gadis tersebut kelihatan ‘bodoh’ kerana berkata sedemikian.

“Memang tak bolehlah. Kalau nak buat kepala kita tanpa mengikut al-Quran dan sunnah, anda akan kelihatan bodoh,” jelasnya.

Terdahulu, Sabrina yang merupakan seorang pelajar Malaysia di Korea Selatan mengeluarkan kenyataan seolah-olah cuba mempertahankan minatnya sebagai seorang wanita muslim berhijab untuk menyanyi dan menari dan mengaitkan perkara tersebut dengan isu agama.

Malah, kenyataan oleh Sabrina itu turut mendapat perhatian media antarabangsa, BBC.

“Saya Sabrina Azhan berusia 22 tahun. Saya diberitahu wanita Muslim berhijab tidak boleh menari dan sebagainya. Tapi sekarang kita berada dalam abad ke-21.

“Saya suka memakai hijab dan suka menari. Jadi saya gabungkan kedua-duanya,” kata Sabrina.

Kenyataan yang dikeluarkan Sabrina sekali gus memancing kritikan daripada pengguna Twitter sehingga mendapat kecaman ramai, bahkan perhatian media antarabangsa.

“Malu awak pergi ke mana ya?” kata seorang pengguna Twitter.

“Saya tidak mahu sebarkan kebencian. Tapi apa yang awak lakukan ini adalah haram,” kata seorang lagi netizen.

Sekadar info, Sabrina yang juga pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Hanyang aktif dalam media sosial sebagai YouTuber dengan menyiarkan perihal kehidupannya sebagai pelajar Malaysia dan wanita berhijab di Korea Selatan.

Sabrina juga pernah terlibat dalam beberapa program hiburan di Korea Selatan antaranya dipilih untuk menjadi hos dan menemu bual kumpulan gadis K-Pop, TWICE, untuk Shopee di Seoul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI