fbpx
FILEM Gangubai selayaknya mendapat tepukan dan memberi inspirasi kepada banyak orang.

Hebatnya seorang pelacur bernama Gangubai, Mafia Queen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FILEM penuh emosi mengisahkan seorang gadis, Ganga Harjivandas lakonan Alia yang mengejar mahu menjadi seorang pelakon sehingga sanggup melarikan diri dengan teman lelakinya, Ramnik ke Mumbai.

Hidup Ganga berubah sekelip mata apabila dijual di sebuah rumah pelacuran. Dia kemudiannya menukar nama sebagai Gangu selepas mula hidup sebagai pelacur. Hari demi hari, Gangu mula berjuang bukan untuk diri sendiri.

Dia nekad untuk memperjuangkan hak-hak yang sepatutnya dimiliki seorang pelacur, sehinggalah dia menjadi pelacur dihormati bukan sahaja ibu ayam di rumah pelacuran berkenaan, bahkan pemimpin tertinggi negaranya.

Kisah benar ini ringkas, namun Alia berjaya menguasai wataknya sehingga mampu merentap jiwa penonton. Gangubai ‘The Queen Mafia’ layak dijadikan inspirasi.

POPULAR