fbpx

Gelandangan ditemui gantung diri dalam surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelandangan ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam kejadian di sebuah surau di Jalan Ismail, Mersing hari ini.

MERSING – Seorang gelandangan ditemui tidak bernyawa selepas dipercayai menggantung diri di sebuah surau di Jalan Ismail pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing ketika mengesahkan kejadian itu berkata siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi di surau berkenaan.

“Mangsa seorang lelaki disyaki warga tempatan ditemui telah meninggal dunia kerana menggantung diri dalam ruangan surau berkenaan.

“Lelaki berkenaan ditemui oleh pekerja pembersihan semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di surau tersebut.

“Mangsa merupakan seorang gelandangan dan semasa ditemui tiada sebarang pengenalan diri dijumpai bersama mangsa,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan awal pihak polis ditempat kejadian mendapati tiada apa-apa unsur jenayah keatas mangsa.

Tambahnya mayat mangsa telah di hantar ke unit forensik Hospital Daerah Mersing bagi tujuan pemeriksaan dan bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. pihak polis menyeru kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kes tersebut boleh terus menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Farhan Adleed Zukefly di talian 0137495395 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI