fbpx

China tarik diri anjur Piala Asia 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN Piala Asia 2023 sepatutnya berlangsung di China terpaksa berpindah ke lokasi baharu apabila negara itu menarik diri ekoran peningkatan kes Covid-19.

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan China menarik diri daripada menjadi tuan rumah kejohanan Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Jun tahun depan.

Sebagai rekod, China yang telah dilantik menjadi penganjur pada 2019 dengan menawarkan 10 bandar utama untuk menjadi venue perlawanan untuk semua 24 pasukan yang bertanding.

Namun, negara republik itu tidak dapat berbuat demikian susulan peningkatan kes mendadak pandemik Covid-19 yang menunjukkan peningkatan kes sejak bulan lepas.

“Selepas melakukan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak China (CFA), AFC boleh mengesahkan bahawa mereka memohon untuk menarik diri daripada menjadi penganjur Piala Asia edisi 2023 tahun depan.

“AFC akan mengumumkan perkembangan terkini mengenai status tuan rumah bagi penganjuran Piala Asia 2023 dalam masa terdekat selepas melakukan perbincangan dengan pemegang taruh serta pihak penaja,” kata AFC dalam satu kenyataan.

Skuad Harimau Malaya sedang bersiap untuk mengharungi aksi kelayakan Piala Asia 2023 apabila diundi dalam Kumpulan E bersama-sama Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh dengan saingan berlangsung di Kuala Lumpur pada Jun depan.

Sebanyak 13 negara telah mengesahkan penyertaan secara automatik ke kejohanan bola sepak paling berprestij Asia itu dengan 11 negara akan menyusul selepas tamat kempen kelayakan nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI