fbpx

Anak selebriti, automatik comel dan popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK-anak selebriti selalu menjadi sasaran lensa dan sebahagian daripada aset populariti ibu bapa masing-masing.

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya menanam impian untuk memiliki cahaya mata sendiri. Apabila sudah lahir, tanpa sedar zuriat tersebut turut membawa rezeki melimpah dan kegembiraan buat keluarganya.

Perkara tersebut jelas terlihat dalam beberapa keluarga selebriti popular tempatan dan antarabangsa. Meraih tempias populariti ibu bapa yang terbabit dalam industri hiburan, tidak keterlaluan dikatakan, ada beberapa anak selebriti lebih terkenal berbanding ibu bapa sendiri.

Jika di Malaysia ketika ini, nama Muhammad Bilal iaitu anak kepada pasangan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail boleh dikatakan berada di puncak populariti.

Malah, rezeki duit raya si anak yang masih belum didedahkan wajah kepada umum pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini mengejutkan ramai iaitu berjumlah RM14,000.

Selain Bilal, terdapat juga beberapa si cilik atau anak pasangan selebriti popular tempatan dan antarabangsa dihujani dengan glamor dan populariti sejak usia masih kecil.

Minggu ini Gala menyenaraikan beberapa nama si cilik popular yang dikenali bukan hanya kerana status sebagai anak selebriti tetapi juga disebabkan kecomelan mereka.

AMEENA tengah atas dukungan ibu bapanya, Aurell dan Atta Halilintar.

Ameena Hanna Nur Atta (Aurel Hermansyah & Atta Halilintar)

DI negara jiran Indonesia, si cilik yang kini menjadi tumpuan ramai ialah Ameena iaitu anak kepada pasangan selebriti terkenal, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga berada, kelahiran Ameena disambut dengan gilang-gemilang. Malah, bilik tidur Ameena yang serba mewah sudah disiapkan oleh ibu bapanya sejak dia masih dalam kandungan lagi.

Menurut Aurel, dia tidak keberatan ‘mewariskan’ semua beg tangan berjenama mewah seperti Hermes, Chanel dan Dior kepada puteri sulungnya itu.

Selain Aurel, neneknya iaitu Ashanty sanggup memberikan apa sahaja yang akan diminta oleh cucu kesayangannya itu kelak.

Taimur Ali Khan (Kareena Kapoor & Saif Ali Khan)

Taimur Ali Khan merupakan anak pertama bagi perkahwinan kedua aktor terkenal Bollywood, Saif Ali Khan bersama Kareena Kapoor.

Sejak dia dilahirkan, nama Taimur meledak dalam media sosial dan setiap aktiviti serta gerak-gerinya di lokasi awam pasti menjadi perhatian seterusnya bahan berita.

Kelahiran Taimur sangat dinanti-nantikan sehingga dia dilabelkan sebagai si cilik paling popular di Bollywood ketika ini.

Malah, dia juga merupakan si cilik paling digemari para wartawan di India kerana kecomelan dan aksi bersahaja ketika bergambar.

BUKAN hanya paras rupa, Aaisyah turut mewarisi kecantikan ibunya, Rozita Che Wan.

Aaisyah Dhia Rana (Rozita Che Wan & Zain Saidin)

NAMA Aaisyah dalam dunia hiburan tanah air tidak perlu lagi diperkenalkan kepada umum. Siapa yang tidak kenal dengan anak dara berwajah kacukan milik pasangan Che Ta dan Zain ini?

Dilahirkan dengan rupa paras cantik dan comel, tidak hairan Aaisyah yang kini berusia lapan tahun menjadi rebutan jenama-jenama terkenal tempatan dan antarabangsa untuk dijadikan sebagai model.

Selain itu, Che Ta juga tidak pernah menyekat kebebasan anak perempuannya untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Aaisyah juga pernah dilihat muncul dalam beberapa buah drama bersama ibunya sebelum ini dan mempunyai program realitinya sendiri bertajuk Little Princess Aaisyah.

Kini, dia dilihat cenderung mengikut jejak langkah ibunya seperti memperagakan busana-busana yang cantik dan bersolek. Malah, keletah dan kepetahannya berbicara sering membuatkan ramai tidak kering gusi.

LARA ALANA, puteri sulung Scha dan Awal.

Lara Alana (Scha Alyahya & Awal Ashaari)

Dilahirkan sebagai anak sulung pasangan selebriti popular Awal dan Scha diibaratkan seperti ‘langkah kanan’ buat Lara.

Si cilik yang kini berusia tujuh tahun merupakan salah seorang anak pasangan selebriti paling popular dalam media sosial khususnya Instagram dengan jumlah pengikut seramai 4.1 juta orang.

Sejak kecil, dia sudah mempunyai pendapatan sendiri hasil iklan dan rancangan televisyen sendiri, Lara Oh Lara.

Malah, Lara juga sudah berdaftar dan membayar cukai pendapatan sejak usianya tiga tahun yang diuruskan oleh Awal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI