PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan perubahan takwim hijrah hanya melibatkan bulan Syawal ekoran pengumuman Hari Raya Aidilfitri yang jatuh sehari lebih awal daripada yang ditetapkan.
Ketua Unit Korporat Jakim, Zakaria Othman berkata, perubahan itu hanya melibatkan bulan Mei dan Syawal.
“Ia ekoran perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar-Besar Raja bahawa 1 Syawal jatuh pada hari Isnin bertarikh 2 Mei.
“Berikutan itu, Jakim telah mengeluarkan Takwim 2022 Miladiah/1433-1444 Hijrah bagi Malaysia, edisi yang telah siap dikemaskini,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Zakaria, sebarang maklumat terkini berhubung kait dengan JAKIM boleh didapati di laman sesawang mereka.
“Semoga takwim ini dapat membambtu untuk melancarkan penyusunan aktiviti harian untuk memudahkan lagi umat Islam di negara ini,” ujarnya lagi. – KOSMO!