fbpx

Wanita misteri Cyberjaya tak ganggu orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video tular kelibat seorang wanita misteri di sekitar Cyberjaya baru-baru ini.

CYBERJAYA – “Saya nampak dia (wanita) berdiri di laluan motosikal tetapi tidak bercakap.”

Demikian cerita penghantar makanan, Jaka Sulaiman, 20, yang terserempak dengan seorang wanita misteri yang menjadi tanda-tanya dalam kalangan penduduk di kawasan ini sehingga tular dalam media sosial baru-baru ini.

Menurut Jaka, dia terserempak dengan wanita itu yang pada mulanya disangka entiti menyeramkan pada pukul 4.30 petang kelmarin sewaktu dalam perjalana menghantar pesanan makanan ke rumah pelanggan.

“Dia diam dan ketika itu tidak banyak kenderaan lalu di kawasan tersebut. Tidak ada sesiapapun yang menegurnya atau membunyikan hon. Saya juga tidak nampak wajahnya kerana membelakanginya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Jaka yang sudah setahun bekerja sebagai penghantar makanan di Cyberjaya memberitahu, dia juga tidak mengetahui kisah wanita tersebut sehingga ia tular di media sosial.

Berita berkaitan: Wanita misteri ‘hantui’ penduduk Cyberjaya

Katanya, sebaik pulang ke rumah pada pukul 12 tengah malam, dia mendapati video mengenai wanita misteri itu tular di TikTok.

“Sepanjang bekerja di sini, saya tidak pernah berdepan pengalaman misteri kecuali kes kemalangan,” ujarnya.

Kosmo! Online baru-baru ini melaporkan penampakan wanita misteri sehingga menjadi tanda-tanya dalam kalangan penduduk di Cyberjaya. Kejadian itu tular selepas seorang individu merakam kelibat wanita tersebut yang ditemuinya di tepi jalan. Lebih menakutkan, dia dilihat hanya berdiri kaku.

Tinjauan Kosmo! di kawasan Cyberjaya semalam tidak menemui wanita yang dimaksudkan.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook meninggalkan komen pada akaun Cyberjaya Info berkongsi pengalamannya bertemu wanita itu kelmarin yang masuk ke pejabat tempat dia bekerja.

“Siap minta carikan bilik sewa. Dia beritahu jadi mangsa kejadian ragut dan sudah membuat laporan polis. Wanita itu juga kelihatan bingung,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI