fbpx

Pelajar universiti cemas kipas bilik asrama terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kipas di sebuah bilik asrama terbakar sebelum berjaya dipadamkan pihak bomba.

PETALING JAYA – Seorang pelajar sebuah universiti tempatan berdepan detik cemas apabila kipas siling di dalam bilik yang mengalami kerosakan terbakar ketika sedang digunakan.

Video mengenai kejadian itu tular di media sosial kerana pelajar itu mendakwa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak pengurusan asrama walaupun aduan telah dibuat sebanyak dua kali.

Menurut ciapan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Arip Ashari, mujur tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian itu.

Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan sekumpulan anggota bomba berjaya menangani situasi dengan cekap.

Meninjau di ruangan komen, ciapan tweet yang menjadi tular tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari para netizen yang turut sama meluahkan kekecewaan mereka.

“Kenapa pihak kolej susah hendak membuat penyelenggaraan? Dahulu asal laporkan sahaja terus pihak kolej datang ganti baru,” luah pengguna @fatin_amira

“Budak-budak ini nanti kalau baiki sendiri nanti bimbang dikatakan pandai-pandai pula,” kata @sydtl_afkh.

“Kebakaran berpunca alatan elektrik, satu kes yang menarik untuk dikaji ,” ujar @alalifirfan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI