fbpx

Lelaki Kemboja tangkap ikan pari 180 kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan pari itu diletakkan di atas pelapik plastik berwarna hijau yang dipegang oleh lapan individu. - AFP

PHNOM PENH – Seorang lelaki di Kemboja terkejut apabila berjaya menangkap seekor ikan pari gergasi seberat 180 kilogram (kg) dengan kepanjangan mencecah 3.9 meter (m), lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Sebagai perbandingan, ikan itu mempunyai berat seperti seekor singa jantan dewasa. 

Menurut pengawal sungai, Sin Piseth, lelaki tersebut, Korn Sopheap, ketika itu sedang memancing di Sungai Mekong apabila seekor ikan pari betina secara tiba-tiba tersangkut pada umpannya.

“Selepas sedar bahawa dia telah menangkap seekor ika pari gergasi, Sopheap memanggil penduduk kampung untuk turut sama membantunya menarik ikan itu ke tepi sungai,” kata Piseth.

Sejurus menyedari bahawa ikan pari itu adalah spesies yang jarang ditemui, mereka menghubungi Wonders of the Mekong, sebuah pertubuhan yang mengkaji biodiversiti sungai.

“Lelaki itu berkata bahawa dia mahu membantu memulihara spesies ikan terancam seperti itu di Sungai Mekong,” demikian menurut Wonders of the Mekong pada laman Facebook.

Beberapa gambar yang diedarkan menunjukkan ikan pari itu diletakkan di atas pelapik plastik berwarna hijau yang dipegang oleh lapan individu. 

Ikan itu kemudiannya dilepaskan semula ke dalam sungai selepas dilabel dan diukur saiznya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI