fbpx

Ibu cemas anak terkunci dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba berjaya mengeluarkan kanak-kanak perempuan yang terkunci di dalam kereta di Taman Limbongan, Melaka, malam tadi.

MELAKA – Seorang wanita berdepan detik cemas selepas anaknya berusia dua tahun terperangkap di dalam kereta ketika singgah di rumah keluarga, di Taman Limbongan Permai di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Azlan Abd. Rahman berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.30 malam dan sepasukan 11 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi kita dapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terkunci di dalam kereta jenis Proton Saga.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa lapan minit dan diserahkan semula kepada keluarganya dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI