fbpx

Fabio idam kejuaraan aksi di Le Mans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO percaya Bagnaia akan sekali lagi memberikan tentangan sengit menjelang perlumbaan di Le Mans hujung minggu ini. – AFP

LE MANS – Juara bertahan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Fabio Quartararo meng­akui bersedia untuk memberi cabaran ke atas jaguh Ducati, Francesco Bagnaia menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Peran­cis di Le Mans minggu ini.

Sebagai rekod, Bagnaia mempamerkan tunggangan cemerlang pada GP Sepanyol awal bulan ini apabila berjaya mendominasi sepenuhnya perlumbaan dengan Quartararo yang mewakili pasukan Monster Yamaha terpaksa akur di kedudukan kedua.

Quartararo berkata, motivasi­nya ketika ini semakin memun­cak untuk kembali berada di landasan kemenangan sekali gus melebarkan status sebagai pendahulu kejuaraan pada perlumbaan di tanah air sendiri nanti.

“Saya akui berpuas hati de­ngan keputusan yang diraih di GP Sepanyol pada perlumbaan di Litar Antarabangsa Jerez yang lepas meskipun dalam masa yang sama agak ralat kerana sasaran saya adalah untuk bergelar juara.

“Kini, persaingan dengan Bagnaia akan berlaku sekali lagi di Le Mans minggu ini dan saya harap dapat tampil lebih bersedia de­ngan memberikan seratus peratus di atas litar dalam usaha me­raih gelaran juara kali ini.

“Secara jujur, saingan MotoGP musim ini sangat di luar jangkaan dengan lima pelumba berlainan telah menjuarai enam perlumbaan GP yang lepas, tetapi saya positif dapat meraih keputusan cemerlang kerana beraksi di hadapan penyokong sendiri,” katanya.

Quartararo ketika ini gah mendahului carta pendahulu kejuaraan dengan mengutip 89 mata selepas enam perlumbaan, manakala Aleix Espargaro di tempat kedua dengan 82 mata dan Enea Bastianini di kedudukan ketiga (69 mata). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.