fbpx

Kes pensyarah cabul 3 anak yatim ditunda kerana peguam gastrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Perbicaraan melibatkan seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam atas 12 pertuduhan cabul terhadap tiga anak yatim, ditangguhkan kepada 30 Mei depan.

Penundaan tersebut diputuskan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim setelah mendengar permohonan daripada salah seorang peguam tertuduh hari ini.

Beliau bersama-sama dengan dua lagi panel mahkamah berkenaan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersetuju menetapkan penangguhan tersebut.

Terdahulu, Fatima Zulaikha Ahmad Bashri yang juga antara peguam bela tertuduh, Mohd. Faiz Mustaffa, memaklumkan bahawa seorang lagi peguamnya, Faizal Rahman tidak dapat hadir.

Justeru, beliau memohon penundaan tarikh perbicaraan dan perkara tersebut turut tidak mendapat bantahan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Mukhzany Fariz Mohd. Mokhtar.

Abang Iskandar menerima alasan peguam itu yang dilaporkan telah mengalami gastrik semalam dan meminta supaya diserahkan sijil sakit untuk rekod pihak mahkamah pada hari ini.

Mohd. Faiz, 35, didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana pertuduhan pencabulan dan persetubuhan luar tabii terhadap tiga orang remaja di tiga lokasi yang berasingan.

Kesalahan tersebut dilakukan beliau di sebuah rumah anak yatim di Sungai Buloh, dalam tandas di bangunan fakulti di Puncak Alam dan tandas Saujana Utama Country Resort dekat sini.

Pensyarah pengajian farmasi tersebut didakwa telah bertindak mencabul mangsa yang ketika itu berusia masing-masing 13 tahun, 14 tahun dan 15 tahun antara 2015, 2016 dan 2017 lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI