fbpx
Antara kawasan yang terjejas di Janda Baik akibat kejadian kepala air hari ini.

Banjir Janda Baik: Keluarga terjejas dapat RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberikan bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dengan kejadian kepala air di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebook berkata, bantuan itu akan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali kepada keluarga mangsa.

“Rasa simpati terhadap Keluarga Malaysia yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh disebabkan kejadian kepala air di Janda Baik.

“Kerajaan akan memberi bantuan kecemasan RM1,000 kepada setiap keluarga bagi meringankan beban akibat kerosakan peralatan rumah.

“Bantuan itu akan disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali bersama-sama setiausaha politik saya semasa mereka melawat mangsa nanti,” katanya hari ini.

Menurut Ismail Sabri, beliau difahamkan kejadian berlaku akibat hujan lebat di kawasan hulu iaitu kawasan gunung Nuang yang mengakibatkan fenomena kepala air.

Katanya, penduduk selamat dan ramai yang sudah pulang untuk mengemas rumah masing-masing.

“Saya menasihatkan penduduk agar sentiasa berhati-hati kerana walaupun air sungai sudah kembali surut, namun ia masih agak deras dan keruh.

“Terima kasih kepada agensi penyelamat yang menghulur tenaga membantu mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR