fbpx

Bedah siasat dua pelajar USAS selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah dua pelajar USAS yang rentung dalam nahas di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Kuala Kangsar disembahyangkan di Masjid Permaisuri Bainun, USAS.

KUALA KANGSAR – Proses bedah siasat ke atas mayat dua daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang dilakukan di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini telah selesai.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, proses berkenaan telah dijalankan oleh pakar forensik dari Hospital Taiping bermula pukul 2 petang tadi.

Katanya, identiti kedua-dua mangsa juga telah dikenal pasti melalui kad pengenalan yang ditemui pada mayat.

“Proses bedah siasat selesai dijalankan ke atas mayat Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Kemaman, Terengganu dan rakannya, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar.

“Jenazah kedua-duanya dibawa ke Masjid Permaisuri Bainun, USAS untuk solat jenazah selepas solat Isyak sebelum dibawa balik ke kampung masing-masing malam ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mior Farid, ketika kejadian, Ahmad Naim Najmi duduk pada bahagian penumpang hadapan kereta Honda City manakala Ahmad Akmal pula di bahagian penumpang belakang sebelah kiri kenderaan.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.52 tengah malam di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, kesemua mangsa rentung setelah kereta Honda City dinaiki mereka terbakar selepas terlibat kemalangan membabitkan dua treler masing-masing membawa muatan mozek dan besi pagar.

Selain mereka,, turut terkorban adalah tiga rakan serumah iaitu Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Iqbal Hasnun Halimi, 23; dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI