fbpx

Tarikh baharu peperiksaan Semester 3 STPM, Ulangan Semester 2 STPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan pindaan tarikh peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 dan Ulangan Semester 2 STPM 2021 dari tarikh asal kepada tarikh baharu (pindaan).

Menurut kenyataan MPM, tarikh baharu (pindaan) bagi Semester 3 STPM 2021 ialah pada 25 dan 26 Mei serta 13, 14 dan 15 Jun iaitu diubah dari tarikh asal pada 18, 19, 24, 25 dan 26 Mei.

“Tarikh baharu (pindaan) Ulangan Semester 2 STPM 2021 pula pada 16, 20, 21 dan 22 Jun iaitu dari tarikh asal 13, 14, 15 dan 16 Jun,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kalendar Peperiksaan STPM Kohort 2021, Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang telah dikemas kini pada 9 Mei boleh dimuat turun melalui portal MPM di www.mpm.edu.my

“Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Bahagian Pengendalian STPM dan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET), MPM melalui emel [email protected] atau telefon di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI