fbpx

Skuad terjun negara sapu bersih emas di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI mantap ditampilkan oleh Pandelela dan Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama wanita sebelum memenangi emas kesembilan buat Malaysia pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Pusat Akuatik My Dinh malam tadi.

HANOI – Skuad terjun negara membuktikan mereka dalam kelas tersendiri selepas menyapu bersih lapan pingat emas dipertandingkan pada temasya Sukan SEA Vietnam di Hanoi sebentar tadi.

Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri menutup aksi terakhir di Pusat Akuatik My Dinh dengan kemenangan bergaya selepas memenangi acara 10 meter (m) platform seirama wanita.

Kemenangan tersebut menghadiahkan Malaysia pingat emas ke-9 yang juga acara terakhir sukan terjun pada temasya sukan dwitahunan di Hanoi.

Pada saingan tersebut, pasangan negara mendahului selesa sepanjang acara dengan terjunan yang cukup kemas untuk membolehkan mereka membolot emas dengan kutipan keseluruhan 292.14 mata.

“Sedikit lega kerana banyak cabaran tetapi masa pertandingan, kami terjun dengan selamat dan saya berpuas hati dengan keputusan hari ini,” kata Pandelela.

Kemenangan Pandelela dan Nur Dhabitah adalah pertama buat gandingan itu pada Sukan SEA selepas pernah memenangi gangsa pada Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan perak bagi Siri Terjun Dunia FINA keempat di Windsor, Kanada 2017.

“Kali ini emas yang pertama kami pada Sukan SEA. Saya rasa sangat selesa dengan Dhabitah kerana rentak yang sama selain tidak mempunyai masalah dari sudut keserasian. Cuma apa yang perlu dipertingkatkan adalah teknik individu,” kata Pandelela yang kini berusia 29 tahun itu.

Kemenangan itu juga memastikan skuad terjun negara mempertahankan gelaran juara keseluruhan yang diraih sejak Sukan SEA Myanmar 2013 di edisi ke-31 Vietnam dengan lapan emas, tiga perak dan satu gangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI