fbpx
Remaja perempuan yang cuba terjun dan dipujuk ketika berdiri di tingkat lima bangunan pusat beli belah Seksyen 7, Shah Alam

Remaja cuba terjun akibat kemurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Masalah kesihatan dan kemurungan dipercayai punca seorang remaja perempuan cuba terjun dari tingkat lima sebuah pusat beli belah di Seksyen 7 di sini, petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu disedari orang awam yang terkejut melihat remaja berusia 19 tahun berkenaan bersendirian di atas bangunan tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai cubaan bunuh diri itu pukul 6.04 petang.

Katanya, sepasukan 10 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikerah dalam operasi menyelamat itu.

“Setibanya di lokasi, remaja itu didapati masih berada di tingkat lima premis berkenaan dan cuba terjun.

“Namun, anggota kita bersama pengawal keselamatan berjaya menyelamatkannya selepas memujuk dalam tempoh 30 minit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Norazam, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati remaja berkenaan bekerja di sebuah syarikat swasta di sekitar Shah Alam.

“Tindakan itu berkemungkinan kerana mangsa mempunyai masalah kesihatan dan kemurungan,” ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 30 saat memaparkan remaja yang berpakaian lengkap itu seolah-olah mahu terjun dari hujung tingkat lima pusat beli berkenaan. – KOSMO!ONLINE

POPULAR