fbpx

Permulaan cemerlang Malaysia di Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON Chia (kanan) dan Wooi Yik (kiri) memberikan mata kedua buat Malaysia menewaskan England 5-0 pada aksi pertama Piala Thomas semalam. – BADMINTON PHOTO

AKSI bertenaga ditampilkan skuad badminton lelaki negara ketika mencatat kemenangan 5-0 ke atas England pada perlawanan sulung Kumpulan D dalam saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand semalam.

Kemenangan tersebut boleh dianggap sebagai keputusan yang sangat penting dalam usaha Malaysia melayakkan diri ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan bagi mendapatkan undian lebih mudah.

Pada perlawanan yang berlangsung di Impact Arena itu, pasukan negara bermula garang menerusi aksi mantap perseorangan lelaki utama, Lee Zii Jia bagi meletakkan Malaysia 1-0 di hadapan menewaskan Toby ­Penty 21-10, 21-15.

“Saya fikir mata pertama sa­ngat penting untuk membantu pasukan. Apa yang penting sekarang, saya perlu memainkan pe­ranan dengan baik untuk pasukan negara.

“Saya akui permainan pertama sangat baik, jadi saya mahu kekalkan momentum ini menje­lang perlawanan tumpuan menentang Jepun nanti. Esok (hari ini) saya akan berehat sehari dan tidak bermain menentang Amerika Syarikat (AS),” kata Zii Jia.

Malaysia kemudiannya menggandakan kedudukan menerusi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meskipun berdepan tentangan sengit Ben Lane-Sean Vendy sebelum menang 19-21, 21-15, 21-16.

Perseorangan kedua, Ng Tze Yong memastikan Malaysia terus selesa mendahului 3-0 apabila menang 21-16, 19-21, 21-11 ke atas Johnie Torjussen sebelum Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menewaskan Rory Easton-Zach Russ 21-13, 21-9.

Leong Jun Hao kemudiannya melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia ke atas wakil Eropah itu apabila menewaskan Cholan Kayan 21-11, 21-18 dalam aksi perseorangan ketiga.

Hari ini, Malaysia dijadualkan bertemu AS bagi perlawanan kedua sebelum turun membuat perhitungan menentang Jepun dalam aksi ketiga Kumpulan D esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI