fbpx
Lopez (kiri) memperdaya hampir 30 wanita dengan memasukkan batang lolipop plastik di bawah lengan mereka yang didakwa sebagai alat pencegahan kehamilan. - Oddity Central

Doktor palsu dicekup guna batang lolipop sebagai alat implanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS, Venezuela – Seorang lelaki Venezuela yang menyamar sebagai doktor ditahan polis kerana didakwa memasukkan batang plastik gula-gula lolipop di bawah kulit lengan berpuluh-puluh wanita.

Menurut laporan laman Oddity Central, batang plastik itu didakwa lelaki tersebut sebagai implanon hormon perancang keluarga.

Jose Daniel Lopez, 38, dituduh memperdaya sekurang-kurangnya 25 wanita yang membuat bayaran kepadanya bagi menanam batang lolipop di bawah kulit mereka sebagai alat pencegah kehamilan.

Penipuan Lopez bagaimanapun terbongkar apabila sebahagian daripada ‘pesakitnya’ mendapati diri mereka hamil walaupun selepas menanam alat pencegahan kehamilan seperti yang didakwa lelaki itu.

Lopez yang tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang perubatan, berjaya mendapatkan pekerjaan di pusat kesihatan di La Victoria dan Maracay, Venezuela selepas memalsukan ijazah perubatannya.

Menurut Mayo Clinic, prosedur implanon sebenar merujuk kepada implan kontraseptif yang melepaskan dos hormon progestasional yang rendah dan stabil untuk memekatkan lendir serviks serta menipiskan lapisan rahim selain mengganggu kitaran ovulasi.

Implan itu berbentuk seperti batang plastik kecil mudah lentur yang dimasukkan di bawah lengan tetapi dalam kes Lopez, ia hanya sekadar plastik keras dan tidak memberi sebarang impak kepada kitaran haid seorang wanita. – Agensi

POPULAR