fbpx

Remaja lelaki lemas ketika beraya bersama keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja lelaki ditemui lemas selepas tergelincir ke dalam sungai ketika beraya bersama keluarganya di Kampung Banting, Sipitang tengah hari semalam. - Foto : Ihsan Bomba

SIPITANG – Seorang remaja lelaki ditemui mati lemas selepas tergelincir ke dalam sungai ketika beraya di Kampung Banting tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, remaja berusia 15 tahun berkenaan ditemui di kawasan berhampiran lokasi mangsa dikatakan tergelincir sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang turut berada di tempat kejadian.

Jurucakap Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.20 tengah hari.

“Mangsa dilaporkan tergelincir ke sungai ketika melintasi jambatan di sungai kampung terbabit semasa beraya bersama keluarga.

“Mangsa dilaporkan berjaya ditemui keluarganya kira-kira pukuk 1.21 petang sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan paramedik.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik bertugas sejurus ditemui,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI