fbpx
Zailani (dua dari kanan) memeriksa spesifikasi sebuah motosikal pada Ops HRA 2022 di Jalan Kota Bharu-Pasir Pekan, semalam. FOTO ROSLIZA MOHAMED

Penunggang, pembonceng motosikal penyumbang utama kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT – Penunggang dan pembonceng motosikal didapati menjadi penyumbang terbesar dalam kejadian nahas dan kemalangan maut sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, berdasarkan statistik, sebanyak 64 peratus kemalangan melibatkan motosikal direkodkan di seluruh negara dalam tempoh tersebut.

“Sepanjang operasi yang dilakukan termasuk sepanjang musim perayaan ini, penunggang dan pembonceng motosikal didapati penyumbang utama sehingga menjurus kepada maut.

“Disebabkan itu, operasi bersepadu yang diadakan malam ini (malam tadi), kita tumpukan kepada penunggang motosikal untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah sehinga menyebabkan kemalangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Operasi Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022 di Jalan Kota Bharu-Pasir Pekan di sini semalam.

Operasi itu turut disertai Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Alam Sekitar Kelantan.

Mengulas lanjut Zailani berkata, dalam operasi itu, sebanyak 250 motosikal diperiksa dengan empat buah motosikal disita kerana kesalahan tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) selain jumlah keseluruhan kesalahan yang direkodkan sebanyak 118 kes. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR