fbpx

75,000 akaun alami gangguan bekalan air akibat ban MADA pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung melihat paras sungai yang surut akibat kejadian ban pecah dekat Pelubang hari ini.

ALOR SETAR – Sebanyak 75,000 akaun pengguna di daerah Kota Setar dan Pokok Sena mengalami gangguan bekalan air susulan kejadian ban Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Terusan Tengah pecah, hari ini.

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, gangguan bekalan air itu adalah disebabkan oleh henti tugas loji rawatan air (LRA) Bukit Pinang di Alor Setar dan LRA Pokok Sena bermula pukul 4.15 petang ini.

Menurut kenyataan itu, henti tugas LRA tersebut adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja kecemasan akibat kejadian ban MADA dan Terusan Tengah pecah dan jangka masa gangguan adalah sehingga kadar aliran serta paras air sungai kembali normal.

“Antara kawasan terjejas ialah seluruh Pekan Langgar, sepanjang Jalan Langgar ke bandar Alor Setar, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Jalan Sultanah, Penjara Alor Setar dan Taman Nuri.

“Selain itu, Istana Anak Bukit, kediaman Menteri Besar Kedah, Wisma Darul Aman dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Anak Bukit turut terjejas,” kata kenyataan itu.

Turut mengalami gangguan adalah sepanjang Jalan Kubang Rotan, Kampung Kota Nelayan di Kuala Kedah, Alor Janggus, seluruh kawasan Mergong, Shahab Perdana serta sepanjang jalan Lebuhraya Sultanah Bahiyah ke Ampang Jajar dan kawasan sekitar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI