fbpx

Tze Liang-Yi Wei sumbang emas kedua negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kontinjen Malaysia menuai emas kedua pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 menerusi acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki sebentar tadi.

Kejayaan terbaharu itu hadir menerusi gandingan penerjun berpengalaman negara, Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei pada aksi final yang berlangsug di Pusat Akuatik My Dinh.

Keserasian yang ditampilkan gandingan tersebut nyata berada dalam kelas tersendiri untuk menewaskan wakil tuan rumah, Nguyen Tung Duong dan Phuong The Anh.

Memandangkan acara tersebut hanya disertai dua negara, ia bermakna Vietnam muncul sebagai pemenang pingat perak walaupun memiliki perbezaan mata yang jauh dengan pasangan Malaysia.

Kemenangan itu pastinya mencerahkan peluang kem terjun negara untuk menyapu bersih kesemua acara yang dipertandingkan selepas Nur Dhabitah Sabri meraih emas pertama menerusi 1m papan anjal individu wanita.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`