fbpx

Saintis dakwa Segitiga Bermuda tidak berhantu, tiada unsur mistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ilusi keadaan yang digambarkan di Segitiga Bermuda yang didakwa mempunyai unsur mistik. - Shutterstock

MELBOURNE – Seorang saintis Australia mendakwa dia telah berjaya menyelesaikan misteri Segitiga Bermuda yang dikatakan memiliki unsur mistik selama ini, lapor akhbar Daily Star UK.

Karl Kruszelnicki menegaskan kehilangan begitu banyak pesawat dan kapal hilang tanpa jejak di kawasan itu tiada kaitan dengan makhluk asing atau bandar Atlantis yang hilang.

Saintis itu percaya bahawa insiden itu boleh dijelaskan dengan punca lebih logik seperti kesilapan manusia dan cuaca buruk.

Lokasi yang dipanggil Segitiga Syaitan itu juga meliputi kawasan lautan seluas 700,000 kilometer persegi dan merupakan kawasan laut  dengan aliran ombak yang sangat deras maka, insiden kehilangan pesawat bukan sesuatu yang luar biasa.

“Ia berdekatan dengan Khatulistiwa, berhampiran bahagian dunia yang kaya iaitu Amerika Syarikat dan disebabkan itu, terdapat banyak pergerakan lalu lintas di kawasan tersebut.

“Menurut Lloyd’s of London dan US Coastguard, jumlah yang hilang di Segitiga Bermuda adalah sama seperti mana-mana sahaja di dunia berdasarkan peratusan,” jelas Kruszelnicki.

Menjelang tahun 1977, Segitiga Bermuda telah mendapat perhatian besar-besaran sehingga Steven Spielberg memasukkan rujukan kepadanya dalam filem fiksyennya yang nyata Close Encounters of the Third Kind, yang menggambarkan kru Penerbangan 19, pesawat pertama yang hilang di situ sebagai diculik oleh makhluk asing. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI