fbpx

Lelaki ditahan kes buli remaja OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAIPING – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) ditampar dan dibuli di Taman Tasik Taiping di sini semalam.

Tindakan ini susulan siasatan terhadap satu video tular berdurasi satu minit dua saat sebelum suspek berusia 22 tahun yang tidak bekerja ditahan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berbasikal untuk beriadah sendirian di lokasi tersebut.

“Berdasarkan siasatan awal suspek dikatakan ingin meminjam basikal milik mangsa dalam kejadian pukul 2 pagi itu.

“Lelaki itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada pukul 10.45 malam tadi ketika hadir memberi keterangan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, polis mengesan satu video dalam laman sosial Facebook bertajuk ‘Budak OKU lelaki Melayu kena tampar dan dibuli di Taman Tasik Taiping’.

Suspek kini direman selama tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI