fbpx

Kelantan cadang perkhidmatan tren khas musim perayaan diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tengah) menyampaikan sumbangan cenderahati kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan Train Khas EKM di stesen KTMB Wakaf Bharu, Tumpat malam tadi. - Foto oleh ROSALWANI CHE SOH

TUMPAT- Kerajaan negeri Kelantan mencadangkan agar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) meneruskan perkhidmatan Tren Khas Ekspres Keluarga Malaysia (EKM) yang hanya diperkenalkan semasa musim Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkhidmatan yang disediakan KTMB itu merupakan usaha yang disambut baik bagi mengelakkan kesesakan trafik semasa musim perayaan.

Menurutnya, sambutan terhadap perkhidmatan itu amat menggalakkan apabila tiket EKM habis dijual dalam tempoh tiga jam.

“Difahamkan, pihak KTMB masih lagi menjalankan kajian berhubung perkara ini dan ia perlu mendapat persetujuan selain kelulusan pihak atasan.

“Kita berharap perkhidmatan tren khas ini dapat disambung sama ada seminggu sekali atau sebulan sekali sekali gus dapat digunakan oleh perantau yang pulang ke kampung terutamanya pada musim cuti perayaan,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi pelepasan Tren Khas EKM di stesen KTMB Wakaf Bharu malam tadi.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, perkhidmatan tersebut merupakan sebagai kayu ukur kepada KTMB dan pihaknya menyokong usaha menyambung semula perkhidmatan itu bagi kepentingan rakyat di negeri ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd. Zain Mat Taha berkata, setakat ini,pihaknya masih menjalankan kajian mengenai perkhidmatan berkenaan.

“Kita menyambut baik sokongan kerajaan negeri terhadap usaha pihak kami namun, masih belum dapat mengemukakan sebarang keputusan setakat ini.

“Berdasarkan kajian yang dilakukan, kita dapati sambutan luar biasa terhadap tempahan tiket yang dibuka sejak 15 April lalu dan dalam masa tiga jam lebih 70 peratus tiket telah habis dijual,”katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI