fbpx

Dua penghuni Puspen larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PADANG BESAR – Polis sedang giat mengesan dua pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bukit Chabang dekat sini yang melarikan diri sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Pemangku Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, kedua-dua pelatih berusia 44 dan 51 tahun itu dipindahkan dari Puspen Batu Kerau, Perak ke sini pada 4 Januari lalu dan dijangka tamat menjalani pemulihan pada Disember 2023.

Katanya, kali terakhir dilihat memakai baju berwarna kuning manakala seorang lagi berwarna putih dan masing-masing memakai seluar ’track’ berwarna gelap.

Dua pelatih Puspen Bukit Chabang yang melarikan diri sejak semalam.

“Lanjutan itu, polis Padang Besar telah melancarkan Op Tutup bagi mengesan kedua-dua pelatih itu melibatkan kekuatan sebanyak tujuh pegawai dan 53 anggota serta dibantu pasukan sabahat daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri seramai sembilan anggota dan seorang pegawai.

“Sebanyak tiga sekatan jalan raya (SJR) didirikan di lokasi berbeza dan turut dibantu oleh tiga SJR sedia ada oleh Pasukan Gerakan Am (PGA),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 223 /224 Kanun Keseksaan iaitu penjawat awam dengan cuai membiarkan seseorang lari dari pengurungan atau tentangan terhadap penangkapan yang sah dari segi undang-undang.

Menurutnya, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan di talian 04-9492222 dan 04-9491481. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI