fbpx

Aksi ala Olimpik, Bunga terjun sungai macam dugong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mengisi masa cuti lebaran, penyanyi rap wanita Bunga Is Me berkongsi momen lucu dalam Instagram yang menyaksikan dirinya beraksi seperti dugong namun bukan di laut tetapi di sungai.

Menerusi video pendek yang dimuat naik, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari melakukan terjunan di sungai dengan penuh keyakinan dan membuatkan ramai netizen geli hati.

“Selalu nampak dugong dekat laut, kali ini dekat sungai. Dugong sungai,” coret pelantun lagu Intan Payung itu sebagai kapsyen video dikongsinya.

Menjengah ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perkongsian bersifat lelucon daripada Bunga.

“Dia punya gaya macam nak buat terjunan Olimpik tapi ‘last last’ terjun gitu je.

“Selamat maju jaya buat bakal suami (Bunga), isteri anda hiperaktif,” demikian antara komen yang ditinggalkan netizen dalam ruangan komen.

Dalam pada itu, baru-baru ini, Bunga muncul dengan lagu raya kolaborasi dengan Disney+ Hotstar yang diberi judul Cerita Kita Bersama.

Menyanyikan lagu tema raya platform penstriman terkemuka berkenaan secara seni persembahan puisi yang berfokus pada permainan kata dan penceritaan atau spoken words, Bunga berlapang dada menerima kritikan.

Bunga Is Me muncul dengan lagu tema raya untuk Disney+ Hotstar berjudul Cerita Kita Bersama.

“Tak tahu macam mana boleh terjadinya kolaborasi dengan Disney+ Hotstar. Tapi bagi saya barangkali ini rezeki selepas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).

“Alhamdulillah, ini adalah rezeki, orang kata peluang keemasan sebab saya tak letak jangkaan tinggi dalam perihal berkait kerjaya namun apabila kolaborasi ini berlaku, saya bersyukur.

“Orang nak kritik, tak mengapa sebab saya jenis orang yang tak fikir sangat. Saya juga tak mendongak tinggi kalau diberi apa-apa tanggungjawab. Jadi, apabila Disney pilih saya, saya macam ‘oh wah, saya dah sampai sini’,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kata Bunga, raya kali ini hanya sederhana sahaja buat dirinya walaupun sudah mulai diberikan kebebasan untuk berkumpul dan beraya dengan keluarga selepas lebih dua tahun terjerat dengan pandemik Covid-19.

“Raya saya biasa sahaja. Tahun ini saya beraya di Kuala Lumpur. Raya ketiga macam tu baru saya pulang ke kampung iaitu di Perak jumpa bapa,” katanya yang memiliki 16 orang adik beradik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI