fbpx

9 PATI cuba ceroboh perairan negara diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang berjaya diberkas selepas menceroboh perairan negara berjaya ditahan di lokasi 1.5 batu nautika selatan Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor semalam.

KOTA TINGGI – Kecekapan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mematahkan cubaan sembilan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menceroboh perairan negara melalui jalan laut malam semalam.

TLDM dalam kenyataan berkata, kesemua PATI berkenaan berjaya ditahan kira-kira pukul 9.45 malam di perairan Johor Selatan iaitu di lokasi 1.5 batu nautika selatan Teluk Ramunia.

Katanya, kesemua PATI berkenaan terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita yang dipercayai warganegara Indonesia lingkungan 20-an hingga 40-an.

“Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) telah mengesan keberadaan sebuah bot curiga berkelajuan tinggi bergerak dari Pulau Batam, Indonesia dan disyaki menuju ke perairan Teluk Ramunia, Johor.

“Area Control Centre (ACC) Johor kemudian telah menyalurkan maklumat pencerobohan kepada aset TLDM KD Ganyang di lapangan untuk tindakan lanjut.

“KD Ganyang seterusnya telah mengkoordinasikan aset TLDM FCB 1123dan bot pemintas RHIB LEPAU bagi memintas bot tersebut.

“Menyedari kehadiran bot-bot TLDM di lokasi, bot PATI telah bertindak melaksanakan cubaan meloloskan diri. Namun hasil kecekapan dan tindak balas pantas FCB 1123 dan RHIB LEPAU telah berjaya mengagalkan cubaan tersebut dan memberkas PATI tersebut di lokasi 1.5 batu nautika selatan Teluk Ramunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, PATI yang diberkas telah dibawa ke Jeti Pos Maritim Pengerang dan diserahkan kepada Tim Op Merpati untuk soal siasat dan ujian saringan Covid-19.

Kesemua PATI yang diberkas seterusnya akan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI