fbpx

Pasangan suami isteri pilih majlis perkahwinan bertemakan Nazi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDO dan Serafina diiring tiga pengiring lelaki dengan tabik hormat Adolf Hitler. - Fototeca Milenio/ Jorge Carballo

BANDAR RAYA MEXICO – Sepasang suami isteri Mexico telah mencetuskan kontroversi selepas mengadakan perkahwinan bertemakan Nazi bagi menghormati pemimpinnya, Adolf Hitler, lapor portal berita MailOnline semalam.

Fernando dan Josefina berkahwin di sebuah gereja di negeri Tlaxcala, timur ibu kota Mexico pada 29 April lalu. Tarikh itu sama dengan ulang tahun perkahwinan Hitler dan Eva Braun.

Diktator Jerman itu membunuh diri sehari kemudian pada tahun 1945.

Fernando dan tiga pengiringnya memakai sut replika Schutzstaffel, unit separa tentera yang berkhidmat dengan Nazi manakala Josefina memakai gaun putih.

Dalam pada itu, majlis perkahwinan itu dikutuk oleh sebuah organisasi hak asasi manusia, Simon Wiesenthal Center dalam satu kenyataan.

“Institusi kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menyeleweng dan meremehkan ingatan enam juta orang Yahudi yang dibunuh dalam Holocaust dan penghinaan oleh mereka yang menafikan atau mengaburkan sejarah, begitu juga mereka yang mengambil bahagian dalam perkahwinan Nazi ini atau membenarkannya.

“Mexico mesti menerima pakai Definisi Antisemitisme Perikatan Peringatan Holocaust Antarabangsa (IHRA) dan memasukkannya ke dalam perundangan untuk mencegah tingkah laku yang penuh kebencian itu,’’ kata pengarah pusat itu cawangan Amerika Latin, Dr. Ariel Gelblung.

Majlis Kebangsaan Mexico untuk Mencegah Diskriminasi (CONAPRED) menyelar pasangan itu kerana pilihan mereka yang kurang baik, menunjukkan semua perlu mengingati peristiwa dahsyat yang berlaku di Eropah semasa Holocaust, jenayah yang tidak selari dalam sejarah kemanusiaan.

Ini merupakan kali kedua pasangan itu mengungkap ikrar setelah berbuat sedemikian dalam upacara sivil pada tarikh yang sama pada 2016. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI