fbpx

Bicara kes bunuh ditangguh angkara monyet curi bukti kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR monyet didakwa mencuri bukti kes pembunuhan mengakibatkan perbicaraannya terpaksa dihentikan pada Rabu lalu. – Getty/iStockphoto

NEW DELHI – Perbicaraan pembunuhan seorang warga India pada Rabu lalu terpaksa dihentikan selepas seekor monyet telah mencuri beberapa bukti penting sebelum ia sampai ke mahkamah, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut akhbar Times of India, monyet itu telah mencuri paket bukti yang mengandungi 15 bahan termasuk sebilah pisau yang didakwa digunakan untuk membunuh.

Kes berkenaan membabitkan pembunuhan Shashikant Sharma yang mayatnya ditemui berhampiran balai polis Chandwaji di Jaipur, negeri Rajasthan pada 2016.

Bukti utama kes itu termasuk pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh Sharma telah dikumpul dan dimasukkan ke dalam paket bukti dan sedia untuk digunakan di mahkamah apabila kes dibicarakan. 

Semasa pra perbicaraan, polis Jaipur terpaksa mengakui insiden kecurian berkenaan kepada mahkamah. 

Pengakuan tersebut dibuat menerusi sekeping nota bertulis yang diserahkan kepada mahkamah selepas mereka diarah mengemukakan bukti kes.

Sepucuk surat telah dihantar kepada Penguasa Polis Luar Bandar Jaipur, meminta beliau menjelaskan kejadian itu dan bagaimana seekor monyet dapat mencuri bukti kes. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI