fbpx

10 lelaki ditahan, gaduh gempar bunga api ala Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular yang memaparkan satu kejadian sekumpulan lelaki telah melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri di Jalan BPS 3, Taman Bandar Prima Senawang. - MEDIA SOSIAL

SEREMBAN – Seramai 10 lelaki ditahan polis awal pagi tadi dipercayai terlibat dalam sebuah video tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu telah melakukan gaduh gempar seperti ‘Malaysia versi Brazil’ menggunakan bunga api sesama sendiri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kesemua suspek berusia 19 hingga 42 tahun itu ditahan pada pukul 4.40 pagi di sekitar Seremban.

“Seramai 10 lelaki yang ditahan itu kini berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk permohonan reman pagi ini dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Turut dirampas sejumlah besar bunga api dan mercun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Nanda berkata, berdasarkan siasatan kejadian tersebut berlaku pada tengah malam 2 Mei lalu di Jalan BPS 3, Taman Bandar Prima Senawang di sini dan kejadian berkenaan dikatakan sebagai ‘Malaysia versi Brazil’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI