fbpx

500 rakyat Ukraine berjaya diselamatkan dari Mariupol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG awam dipindahkan dari kilang keluli Azovstal di Mariupol pada 1 Mei lalu. - David Arakhamia/Rejimen Azov

KYIV – Hampir 500 orang awam berjaya diselamatkan apabila dipindah keluar dari bandar Mariupol dan loji keluli Azovstal yang terkepung menerusi operasi menyelamat yang diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), demikian menurut kenyataan Ketua Pejabat Presiden Ukraine, Andriy Yermak.

“Kami telah berjaya memindahkan hampir 500 orang awam,” kata Yermak di aplikasi Telegram. 

Beliau berkata Kyiv akan melakukan segala-galanya untuk menyelamatkan semua orang awam dan tenteranya yang terperangkap di bandar itu sambil menambah bahawa proses pemindahan akan diteruskan.

Dalam siaran Telegram berasingan, Yermak berkata satu lagi peringkat menyelamatkan rakyat Ukraine di Azovstal sedang berjalan.

Baki tentera Ukraine di Mariupol dan ratusan orang awam telah bersembunyi di dalam terowong kilang Azovstal yang besar, dikepung oleh tentera Rusia selama berminggu-minggu.

Pemindahan yang diketuai PBB dan Pertubuhan Palang Merah bermula hujung minggu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Iryna Vereshchuk memberitahu pemindahan hari ini (Jumaat) akan memberi tumpuan kepada mereka yang masih terperangkap di dalam loji itu.

“Hari ini kami akan menumpukan fokus pada Azovstal.

“Operasi sedang bermula. Kami mendoakan kejayaannya,” kata Vereshchuk. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI