fbpx

Iraq sekali lagi dibadai ribut pasir, 1,000 penduduk dirawat di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki melintas jalan ketika ribut pasir melanda ibu kota Iraq, Baghdad hari ini. - AFP

BAGHDAD – Lebih 1,000 penduduk dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan selepas ribut pasir membadai Iraq  hari ini,  yang ketujuh melanda negara negara berkenaan sejak sebulan lalu, lapor media kerajaan.

Penduduk di enam daripada 18 wilayah di Iraq termasuk Baghdad dan Al-Anbar, melihat awan debu sekali lagi menutupi ruang udara apabila mereka bangkit daripada tidur.

Pihak berkuasa di wilayah Al-Anbar dan Kirkuk, utara Baghdad, menggesa orang ramai supaya tidak keluar rumah, lapor agensi berita rasmi INA.

Seorang pegawai kesihatan, Anas Qais dipetik INA sebagai berkata, hospital-hospital di wilayah Al-Anbar menerima lebih 700 pesakit yang mengalami masalah sukar bernafas.

Wilayah Salaheddin, tengah Iraq turut melaporkan lebih 300 kes serupa, manakala wilayah Diwaniya dan Najaf di selatan Baghdad, masing-masing merekodkan lebih 100 kes, demikian menurut agensi berita berkenaan.

Iraq amat terdedah kepada fenomena perubahan iklim yang menyaksikan taburan hujang paling rendah dan suhu tinggi sejak beberapa tahun lalu.

Pakar-pakar berkata, faktor tersebut berisiko membawa bencana ekonomi dan sosial di negara yang terjejas akibat perang itu.

Pada November 2021, Bank Dunia memberi amaran bahawa Iraq dijangka mengalami kemerosotan sumber air sebanyak 20 peratus menjelang 2050 akibat perubahan iklim.

Awal April tahun ini pula, seorang pegawai kerajaan memberi amaran bahawa Iraq berkemungkinan berdepan 272 hari berdebu pada setiap tahun dalam tempoh beberapa dekad akan datang. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI