fbpx

Pemuda pasrah sambut raya dengan ‘bibir seksi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok menunjukkan keadaan bibirnya yang bengkak akibat disengat lebah.

PETALING JAYA – Dalam keterujaan dan kemeriahan umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri sejak kelmarin setelah dua tahun terkurung akibat pandemik Covid-19, namun masih ada yang berduka di pagi raya kerana malang tidak berbau.

Seperti perkongsian Fakri Syakirin di laman TikTok, dia menunjukkan keadaan bibirnya yang bengkak disebabkan disengat oleh lebah pada malam raya.

“Dugaan malam raya kena sengat lebah,” katanya.

Dapat dilihat, kesan bengkak tersebut turut merebak ke bahagian pipi dan pelbagai reaksi juga diberikan oleh orang ramai mengenai insiden yang berlaku terhadap pemuda berkenaan.

“Seksi bibir abang ini sambut raya, betul-betul raya terkejut, sampai lebah pun ‘tercium’ salah tempat,” seloroh seorang pengguna.

“Tabah la abang, dugaan sambut raya, janji boleh balik kampung, semoga cepat sihat,” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI