fbpx

Harga petrol RON97, RON95 dan diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa harga petrol RON97, RON95 dan diesel mingguan kekal berkuat kuasa esok sehingga 11 Mei depan.

Menurut MOF dalam satu kenyataan, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.94 seliter, manakala RON95 dijual RM2.05 seliter.

“Bagi diesel pula, katanya, ia masih dijual pada paras RM2.15 seliter,” katanya di sini hari ini.

MOF berkata, pengekalan harga bagi RON95 dan diesel dibuat adalah untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak petrol di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI