fbpx

Ibu mertua Liza Hanim meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liza Hanim berkongsi berita sedih di media sosialnya.

PETALING JAYA – Hari kedua sambutan Aidilfitri oleh penyanyi Liza Hanim disambut dengan berita duka apabila memaklumkan tentang perkhabaran ibu mertuanya yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Berita sedih itu dikongsi Liza menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya pagi tadi.

“Innalillahiwainnalillahirojiun. Telah kembali ke negeri abadi, Hajah Wan Faizah binti Mohamed Ali. Segala urusan pengebumian akan dimaklumkan di sini,” kongsinya dalam Instagram.

Sementara itu, suaminya, Shahrin Samsudin yang juga merupakan anggota kumpulan nyanyian Indigo turut berkongsi kisah duka kehilangan ibunya tercinta dalam Instagram.

“Assalamualaikum. Bonda saya Wan Faizah Mohamed Ali telah mengehmbuskan nafasnya yang terkahir pada 3 Mei 2022 pada pukul 10.30 pagi tadi.

“Mohon semua maafkan dosanya dan semoga rohnya dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah,” tulis Shahrin.

Berdasarkan perkongsian terdahulu yang dimuat naik dalam Instagram, Shahrim ada berkongsi membawa arwah ibunya mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 21 April lalu kerana masalah kesihatan yang tidak dinyatakan. – KOSMO! ONLINE
-HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI